AKu terbaca blog KAHUNA ni dari cikgu siber aku....so banyak laaa cite2 dia yg mampu wat aku tergelak2 sakit poyot...cuba kowang baca ni...ada lagi yg kelakau

Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Ikan Arapaima Gigas

Sedang menikmati Coke Zero sambil berjalan ke Chakra, sebuah pusat sosial yang terkenal kat sini. Ada majlis tarian yang dianjurkan di bawah preteks integrasi pelajar. Tibe-tibe disapa dari belakang oleh seorang mamat bernama Sammi, sudah tentunye bukan nama sebenar.

"Eh, ko yang nyanyi masa malam konsert tu kan? " Kata beliau dengan penuh halitosis, hasil karya sebotol tequila di tangan beliau. "Ye.." jawabku ringkas sebab/sambil terpaksa melakukan apnea. Cilake mamat ni mulut bau hanjing. "Sedap la suara kau, aku suke.." kate beliau lagi dengan excited, yang menyebabkan aku excited untuk menerajang beliau sekuat hati sehingga beliau terpelanting ke dalam kilang Listerine seterusnya membaiki bau mulut beliau yang kian mengeruh.

Aku tak pasti bagaimana nak respon. Soalan cepumas : Bagaimana kite nak respon terhadap satu pujian sekirenye orang yang memuji adalah seseorang yang tiada kelebihan fizikal mahupon batiniah? Takkan nak cakap, "Alah awak ni ade-ade je. Suara awak pon ape kurangnye" sambil menampar manja bahu beliau. Nanti nampak sangat tak jujur. Akhirnye aku cakap, "Terima kasih. Aku suke jaket kulit kau." Tetapi tidak bau mulut kau".

"Boleh tak aku nak mintak kau buat satu bende?" tanye beliau. Ni mesti nak suruh aku nyanyi, ni mesti nak suruh aku nyanyi, ni mesti nak suruh aku nyanyi.

"Boleh tak kau nyanyi satu lagu untuk aku?" Kan aku dah cakap, die nak suruh aku nyanyi. Aku dah agak dah. "Kau gak agu gagi lagu ape?" kateku dalam keadaan menahan nafas. Kalau aku tak tahan nafas, ayat tersebut akan berbunyi "kau nak aku nyanyi lagu ape?". Melihat muke dan gaya beliau, aku rase mesti die nak aku nyanyi lagu Stairway To Heaven oleh Led Zeppelin, atau Blood Drunk oleh Children Of Bodom, atau paling kurang ape-ape lagu Metallica.

"Aku nak ko nyanyi lagu ......... Overprotected dari Britney Spears. Boleh?" Kemudian aku pun mati akibat kekejangan otot perut kerana ketawa tanpa henti selama 3 jam, dan sekarang aku sedang update blog dari syurga.

2 Lovely Comments:

  1. funfliffy says:

    salam..thanks sbb add saya kat tepi blog awak...tp takutnye tulis scrap master....salam perkenalan..bestnye dpt taip blog panjang2 saya ni tak reti mgarang...hahaha haru kalau mengarang nanti...nanti2 cubalah scrap plak ye

  1. NanaMacho says:

    salam....
    saya suka scrap awak tu tapi tarak masa nak buat sendiri...tu pun paksa cikgu siber saya buat 1 layout cantekk based dari ajaran awakk hehehehe...

    saya ni kuat pot pet, kalau saya taip pun mesti panjang, tapi merapu je laa haaa...

    kalau ada masa baca2 n komen la story saya yeeee...saya suka org komen cite saya...

    salam perkenalan diterima...
    KEEP in TOUCH...

    tq yeee....





Hi There....

Everyone has his/her day and some days last longer than others and here's my stories.....

WELCOME n ENJOY UrSelf! :)

My Followers

CBox