Nukilan dari seorang hamba Allah....


Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang, mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu datanglah.....

Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja Dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......". Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau ?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang. "Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......". Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus,baju yang dipakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!". Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.

Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti! Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!!Tolong !!!!"

SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."



Terjumpa sesuatu dalam blog seorang hamba Allah...
Sangat menarik...TQ kepada penulis nyerr....


Setiap orang adalah unik.
Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu.
Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w
kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat
lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.


Tidak perlu berasa susah hati lantaran
gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan kita,
kita tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.
Disitulah berkuasanya ALLAH.
Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini.
Kita mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada.

Nah, anggap ia satu kelebihan.
Jika kita sangka kita buruk,
ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.
Kita sangka kecantikan sentiasa membawa untung?
Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.
Setelah kita dikenali sebagai cantik,
ketakutan terhadap keburukan lebih besar daripada jika kita semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya.
Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka?
Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap
oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan
supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV.
Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.
Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita
sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w
wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk
apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk
sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu,
barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia .

Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya
terhadap semua perintah dan larangan ALLAH.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH
tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik,
orang buruk,
orang rendah,
orang cacat,
semuanya itu hanyalah ukuran manusia
dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri kita sebab kewujudan kita membuktikan kekuasaan ALLAH!


Kuala Lumpur, 9 Disember 2008:

Dalam kemeriahan warga kota menyambut Hari Raya Aidil Adha, seorang rakyat Malaysia, Lars Harris telah berjaya menghasilkan sebuah motor berkelajuan kuda-kuda. Motor tersebut diberi nama "Ali Dabeksen" atas sebab nama tersebut amat mudah diingati. Kejayaan beliau telah disaksikan oleh ahli keluarga terdekat yang agak terkejut kerana beliau tidak menunjukkan apa-apa kesibukan pada hari tersebut malah hanya menonton televisyen sehari suntuk.

Wartawan OPSSSS sempat menemuramah isteri beliau (nama perlu dirahsiakan), "Saya terdengar anak-anak buah saya keseronokan kerana melihat motor ciptaan Uncle Harris, yakni suami saya yang perasan muda tu....bila saya ke ruang tamu memang motor tersebut ada di situ. Saya terdiam dan agak pelik kerana dia tidak bergerak-gerak dari depan televisyen". Seperti yang dimaklumkan kepada kami juga, Lars Harris telah memaksa isterinya mengambil gambar beliau dan ciptaannya ini, malah menyuruh diblogkan agar blog isterinya lebih glamour.

Atas permintaan isterinya, satu soalan untuk pembaca perlu dipaparkan di sini,
"Siapa yang gila glamor sebenarnya, saya atau suami saya???".

Sekian. - Akhbar OPSSSS



Inilah "Ali Dabeksen"
Inilah penciptanya...Encik Lars Harris



Melihat dari pose ini, pembaca boleh mendapat jawapan, siapa yang gila glamour???





Ni kisah kenduri Khatam Al-Quran & Berkhatan kat kampung dua ari sebelum Hari Raya Korban...Ramai betui tetamu yang hadir, kata jemputan 100 orang je tapi dah serupa kenduri kawen....aku wat muka slumber je, padahal malu giler sbb sampai lewat, macam kite lak tetamu....



Sampai2 je kat dapur, Omak den bagi den sebijik "Ingat sampai semalam leh tulun wat pulut kuning" hahhh amikkk ko! Tapi alasan aku mmg baikkk nyer..."Anak sulung mak ni lambat".... I tak kisah anytime je bleh....sebenor nyer bukan nak cari "alasan" atau nak salahkan sesape, tapi hakikat sebenar sebenku balik lewat, kena siapkan keje...kalau tak tak berasap dapur....dan aku ni agak hampeh la gak...dalam banyak benda yang konon nyer aku reti, tapi tang pandu2 ni aku jadi tak reti haaa....jadi co-pilot bleh laaa...so kena la kasi seben cukup tido...sowey ye Mak hikhik


Emm...masuk bilik jap laaa, leh gak berkipas sat....tetibo...fuyoooo....ado pengantin hehehee....marah anak buah aku, si Yaya ni kang....lawa gak minah ni, dah serupa nak nikah, walhal baru je 12 tahun...dia la satu2 nyer yg akan berkhatam Al-Quran...seram sejuk minah ni...."Kak, jangan la tinggalkan kite, takut laaa"....psttttt jangan marah, dia tak panggil "Mak Long", dia kata 'Geli la kite nak panggil Mak Long" hahahahahaa...takpe ape2 pun bleh...tapi terasa muda belia lak aku ni....makin tak sedau diri hahahahahaaaaaa......


Geng2 yang akan berkhatan@sunat ada 5 orang....kalau dilihat betui2, mak2 yang lebih gelabah dari anak2....ayah2 lak, time nak antor sunat yang cuak...gilerrr risau....terlupa lak nak amik pics diorang lepas sunat, sibuk sgt nak balik KL, lupa lakkk nak snap sekeping dua...


Sibuk2 nak balik, nasib tak tertinggal si Kakak (anak adik)...kalau tak haru....sowey la kakak, takde pic kakak....bukan event kite hukhuk...lain kali Mak Su amik gambo kakak lakkk yeee....



Nie la anak dara yang dimaksudkan....takde muka seram pun akak tengok heheheeee....Mak Long yang seram nape kamera mahai tapi tak cun gilerrr seperti yang sepatut nyerr...uwaaaa kena belajor gak ni...pls bro help me!


Masa ni mmg terserlah gelabah dia, sampai asal pandang aku je wat muka...nak kena debik ke?



Antara ahli kumpulan khatam yang mengiringi Adik Yaya ni



Bersama Tok....wahhh Tok....dah macam bukan Tok ngan cucu jeee...



Ni la "Flower Girls"...ngan sape lagi kalau tak Ayah Long...


Anak Abah....untungkan muda2 lagi dah ada anak dara (ehemmm...bodek abg Syam skit)...

sian abg aku dah tuo2 pun tarak anak lagi heheheee





Antara aksi2 budak kechekkk dua orang ni....


Contoh ibu mithali....mesti make sure anak nyer tip top...tang bebel nyer serupa ngan aku!

Si kechik kat depan tu tak sunat lagi tauu...dia tak leh ketinggalan, kang runtuh umah dengar tangisan dia...ada sorang lagi peserta berkhatan yang ntah mana ilang....flower girls tak leh takde....tak meriah...aikkk Yaya, dah tak jadi anak dara dah kee hehehee


bergambo dengan Tok....


Cik De & family


Ayah Ngah & family...Farah je takde, kat kolej



Macam biasa...aku mesti amik gambo sebenku yang asal leh tido mesti dia tido hahahaaaa














Akhir nyer dapat gak ku miliki DSLR D60, SB600 n tripod...
walaupun untuk profesional level apa laa sgt...tp untuk aku dah cukup2 syukur.....aku pejam mata gak beli secara ansurans...TQ bro zaidi n ard sbb saiko aku beli DSLR dari beli hp...

Sape mau jadi model aku, aku tak bayor la cuma aku kasi copy gambo, di alu2kan....aku tgh belajor n akan terus belajar dalam arena foto2 ni...minat aku dari kecik....

Adek...wa dah beli...dulu kite gile2 posing n amikkan pics each other...
pasni wa amik gambo lu ye beb...hehehehehe








1st time amik pics guna kamera ni hukhuk....seram gak nak pegang....






Yang ni amik guna hp Sony Ericson K300i kesayangan aku huhuuuu...gelak gelakkk





Ni citer last Friday....sebelum cuti Hari Raya Aidil Adha....

Aku kuar makan ngan Puan AKPK....mmg ari ni aku makan banyak...mak yong ni pun tak sound aku suh berhenti makan....so, masa nak balik aku terpandang 'Lempeng Pisang"...terus la 'Yus, nak beli Lempeng bleh" hikhik aku dapat beli, tp sekeping je, sbb makanan ni lagi laris dari Pisang Goreng...sampai kat opis aku teringat nak share ngan 2 orang budak kecik kat opis aku...malas nak cakap lebih laaa kang bising lak depa...sebab ada sekeping so aku tak leh ajak satu floor...kang aku gak yg kena hehehehee.....tengah2 sorang budak ni makan, tetiba aku tgk muka dia dah sama ngan lempeng tu..ape lagi aku pun ada idea laaa....



Betui tak sama??? ngan daun pisang tu lagi la sama kih kih kih...


Cuba tengok yang ni...lagi sama kan??? Comot nyerr ngan lempeng pun iras2 kan...hahahahahahaa.....


Hahahahahaaaaa....suka aku suka.....


Tapi sebenor nyer aku bukan nak samakan muka dia ngan Lempeng Pisang...tapi aku teringat kata2 seseorang...."Kalau kite tengah makan n teringatkan orang tu, maka mmg rezeki orang tu...." so, aku mmg teringat kat dia masa aku nak beli Lempeng Pisang....tu yang aku kata muka dia sama ngan lempeng tu sebenar nyer :)


Semalam Mak bagitau, "Tok Ne masuk spital...ambulance datang umah" sedih aku dengar...biler teringatkan keadaan Tok lagi la aku sedih...Tok Ne dah macam Tok aku sendiri...selalu aku teringat kat Tok Ne...

Tok sakit...kena strok.....

Last 2 weeks Mak, Ayah Chik n Ayah Teh dia bawak dia dtg umah Ayah Teh turun KL...untuk berurut ngan "pakcik urut strok"...

Kata orang usaha tetap usaha, hospital n tradisional...asal ada org kata bagus, mesti suami Tok n anak2 Tok usahakan....

Masa sabtu lepas balik kg....aku tgk keadaan Tok agak teruk, perut Tok membengkak...kata Tok Busu yg penah jadi H.A kat spital, air dalam badan Tok tak mengalir betui, tu yg berkumpul kat perut, bukan sebab angin...bukan salah pakcik urut tu, tapi mmg badan Tok dah weak sungguh..tapi semangat dia kuat nak sihat...(aku tak ambik la pic perut Tok..kang Tok bangun lak sesah aku ngan penyapu!)

Dalam masa beberapa bulan ni mmg byk kali la aku bergegas balik ke Hosp/kg melawat Tok...pics ni di ambil pada 30 Oktober lalu kat Hospital Temerloh....teringat aku sempat snap pics Tok ari tu....


Sian Tok...doc kata dia kena jangkitan kuman kat paru-paru.....lelaki yang duduk di kerusi tu Tok Tan, suami Tok....setia dia tunggu Tok Ne....dorang ni couple yg suka cium each other, suka gelak tawa bersama...macam pasangan pengantin baru...JELES JELES!



Banyak nyer jarum.....dah la tangan Tok kurus....kena cucuk2 lakk...





Ni seben ku...cucu sulung Tok....dia tak senang duduk kat KL kalau tau Tok dia sakit....




Dari kiri : Faidz (adik ipar aku), Mak Teh, Sue (awek si Faidz tu hah) dan paling kanan tu Mak Mertua den...

Tok Busu & wife...


Paling kiri tu Ayah Teh....yang paling belakang tu Ayah Chik......
Masa ni semua cemas tgk keadaan Tok....Mak kena tido spital jaga Tok...memang dah rutin harian Mak jaga Tok...banyak pahala Mak...sian gak tengok dia, padahal dia pun tak sihat....tapi dia kata dia gagahkan jugak....selama lebih 3 bulan ni, mak yang mandikan Tok, aktiviti di rumah sumer Mak buat sorang...dalam keadaan Tok yang lumpuh separuh badan tak boleh digerak ke kiri/kanan.
Petang nanti nak call Mak...nak tanya Tok macam ne....kena balik kg ni tulun Mak...aku yakin dia perlukan pertolongan adik beradik dan anak2 dia yang lain...yelah mana larat dia nak handle Tok sorang...sabar ye Mak....






Hi There....

Everyone has his/her day and some days last longer than others and here's my stories.....

WELCOME n ENJOY UrSelf! :)

My Followers

CBox