Terjumpa sesuatu dalam blog seorang hamba Allah...
Sangat menarik...TQ kepada penulis nyerr....


Setiap orang adalah unik.
Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu.
Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w
kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat
lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.


Tidak perlu berasa susah hati lantaran
gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan kita,
kita tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.
Disitulah berkuasanya ALLAH.
Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini.
Kita mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada.

Nah, anggap ia satu kelebihan.
Jika kita sangka kita buruk,
ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.
Kita sangka kecantikan sentiasa membawa untung?
Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.
Setelah kita dikenali sebagai cantik,
ketakutan terhadap keburukan lebih besar daripada jika kita semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya.
Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka?
Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap
oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan
supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV.
Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.
Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita
sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w
wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk
apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk
sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu,
barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia .

Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya
terhadap semua perintah dan larangan ALLAH.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH
tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik,
orang buruk,
orang rendah,
orang cacat,
semuanya itu hanyalah ukuran manusia
dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri kita sebab kewujudan kita membuktikan kekuasaan ALLAH!

0 Lovely Comments:





Hi There....

Everyone has his/her day and some days last longer than others and here's my stories.....

WELCOME n ENJOY UrSelf! :)

My Followers

CBox