Sedih sangat rasa hati ni terpaksa tinggalkan ibu beraya di KL...dah puas aku ajak, dia kata "Takpe...Ibu raya sini je...hang gi sorang....hadap semuanya sendiri yeee....buat perangai kite je...SABAR...."

Sabar ke aku??? huhuhuuuuu....tak tau la macam ne rasa beraya umah mertua ni...pertama kali aku raya tanpa Ibu....sian Ibu dari aku berusia 17 tahun sampai la tahun lepas aku berusia 26, Ibu beraya berdua sahaja ngan aku....pelikkan??? jangan tanya kenapa sbb Ibu hanya ada 3 orang anak dan kesemuanya anak perempuan, aku yang bongsu...kakak sulungku tiap2 tahun beraya di Kedah, dah tahun ke 13....kakak ke2 ku akan datang pada malma raya dan tengahari raya pertama selepas ke kubur arwah pak mertua ngan anak ke2 nyaaa.... emmm...syurgakan bawah tapak kaki suami, so tapak kaki Ibu tinggal kenang2an jeee

Emm...mati kutu aku sbb Ibu tak nak ikut....macam ne aku nak raya takde Ibu ni..walaupun dah ada suami, tapi dia masih baru dalam hidupku..Ibu dah 27 lebih jadi Ibu aku....walaupun kitorang anak beranak ni kejap gaduh, kejap baik, kejap peluk, kejap tolak2 hahahahahaa....tapi Ibu...tetap Ibu!!! takkan leh sama dengan org lain...takkan leh ganti ngan org lain....

Kalau aku marah atau terasa ati dengan Ibu mesti lama..tapi Ibu tak sampai 10 minit dah ok mesti dia tegur gak aku yang macam2 ni...itulah IBU/MAK/MAMA/MUMMY/MEK/ENCIK atau apa2 je gelaran untuk seorang Ibu di dunia ni...sabar dengan karenah anak-anak....

Tapi alasan utama aku, aku sian kat Ibu........malam raya tiada anak menantu dan cucu2 dgnnya...pagi raya lagi laaaa....apa dia rasa bila dengar "Takbir" ye.....Ya Allah....apa Ibu makan yeee...bulan Ramadhan ni Ibu sibuk menjahit tempahan baju orang...biasanya bab2 masak aku laaa....untuk raya aku gak jadi Chef, Ibu cuma makan jeeee....haaa....aku yang kemas rumah, sediakan kuih raya, keluarkan pinggan & gelas untuk tetamu, isikan duit raya, gosok baju raya.....tapi tahun ni???

Adek (akak ke2 aku) cakap dia akan datang malam raya tgk apa2 patut n tinggalkan lauk2 raya yang dah siap masak, esok tghari dia datang lagi....takpe la sekurang2 nya dia dah buat yang termampu...tapi masa Adek takde??? Kesian Ibu....

Maaf ye Bu, orang kena raya rumah Harris...kitorang take turn..Harris dah banyak kali ajak ibu sekali tapi Ibu tak nak....mak mertua orang, tok nenek Harris pun dah pelawa tapi Ibu tak nak....orang tau ibu penat sebulan tak cukup tido mesti ibu nak tido kaw-kaw tapi orang tak sampai ati dan orang terpaksa pergi...

(Singgah lahh ke blog "mommy aqish" under suami derhaka....) bukan nak salahkan sesiapa pun di dunia ni cuma kadangkala kite kena pikir macam ne rasa raya tanpa ibubapa....tanpa suami/isteri...dan yang paling sedih ada anak menantu dan cucu tapi tak dapat peluang beraya bersama...emmmmm sedihkan..bayangkan kalau kita jadik seperti tu, agak2 nak nyorok bawah meja ke dalam tong beras??? Fikir-fikirkan laaaaa


Dipetik dari pengalaman seorang kawan...

"Nana....tadi akak pegi sekolah Along, akak jumpa dia"....melopong aku dengar kata-kata dari kak Z, walaupun hanya berborak dalam telefon...."iye keee??? pastu ape jadi kak"

"Semalam Makcik bagitau akak, Along sekolah kat Sekolah ABC...pagi tadi akak nekad nak jumpa jugak Along....akak jumpa Guru Besar dia, akak minta permission & explain everything...akak bagitau kat Guru Besar tu kalau ikutkan akak mmg tak dibenarkan jumpa anak2...kan ayah dia dah cakap kalau nak cerai anak2 takleh jumpa selain Archik je sbb bawah jagaan akak...nak jadi citer rupa2 nyer Guru Besar sekolah tu akak kenai & dia tau story pasal umahtangga akak ni...nasib baik dia kasi akak jumpa Along..dapat gak jumpa Along kat dalam bilik dia...."

Tersenyum lebar aku aku dengar....rasa macam nak hureyyyyy kuat2 dalam telefon...tp aku control kang bos kat sebelah terkejut badak dengan suara aku yg tak penah slow ni hehehehe...

"'Ya Allah, Na.......dekat setahun akak tak jumpa dia, bila dia nampak akak dia terus terpa kat akak dia jerit 'Ibuuuuuuu'....dia terkam akak Na, dia peluk akak....dah lama akak tunggu saat2 macam tu, akak pun peluk dia, akak cium dia Na...." aku dengar suara kak Z dah tersekat-sekat & kemudian menangis teresak-esak...aku pun mmg dari awal2 dah nangis....dengar suara dia macam tu lagi laaa air mata aku giler2 nyer mengalir....

Aku kasi kak Z citer semuanya...kali ni aku dah tak mampu nak beri apa2 soalan...aku zip mulut aku, airmata aku mmg tak leh nak berhenti mengalir...

"Dia cakap kat akak....'Along rindu sangat kat ibu...Along sengaja bagi tau Makcik yang Along sekolah kat ABC, Along tau mesti Makcik cakap kat Ibu...mesti ibu akan datang sekolah jumpa Along....Along rindu sgt kat ibu'....dia tak lepas peluk akak Na....dia cakap lagi...'Angah ngan Alang tak nak jumpa ibu...dia dah termakan cakap Abah...diorang kata ibu perempuan jahat, ibu bukan ibu yang baik....tiap2 ari Abah cakap macam tu kat kitorang.....Along sorang je yang tak caya...Along tau ibu tak jahat....selama ni Ibu yang banyak didik Along bukan Abah.....Ibu yang masak kat Along kat Angah kat Alang...ibu yang ajar kitorang homework, Ibu yang ajar mengaji.....Along rindu sangat nak makan makanan yang ibu masak'....Ya Allah, sampai macam tu dia hasut anak-anak akak....Along bagitau yang Angah & Alang tak boleh tahu akak datang jumpa Along, kalau tak dia mesti bagitau Abah diorang...nasib baik jugak akak jumpa kat dalam bilik ni, kalau kat kantin mesti dia nampak kan"...."Sabar la kak, sekurang-kurangnya Along tak dengar hasutan diorang tu...akak kena kuat...kalau akak lemah suka la diorang"
'Insya Allah Na, akak akan jadi lagi kuat...akak ada tanya Along, Mama tak masak keee??? dia cakap dia tinggal umah nenek, mama ngan abah duduk umah lama akak...weekend je dia balik situ....dia cakap 'Mama masak tak sedap Bu....kalau Along boleh tahan lapar Along akan cakap Along kenyang....Along tak makan malam tu...kalau Along lapar sgt baru Along makan, Along makan sikit je jangan sampai sakit perut...Ibu takde kat Along, nanti sape nak jaga Along...."

Mengalir lagi airmata aku.....

"Akak tak sangka Along ingat lagi semua tu"...."Tengok kak...kalau kite betui Allah akan tunjuk, Along tu baru darjah 4....bukan semua budak boleh cakap macam tu...Nana pun ada pengalaman lebih kurang Along...Nana tau apa Along rasa...mmg sakit kak..tapi percaya la...dia akan jadi kuat, dia takkan lupa akak sampai biler2....dia akan ingat segala jasa akak..PERCAYA apa Nana cakap ni"...kali ni airmata aku pulak yang mengalir laju...aku yang sebak bile dengar cite kak Z dan teringat peristiwa yang aku sendiri penah alami...rupa nyer bukan aku sorang je yang jadik matang dari usia...sian Along...

"Akak cakap kat dia makan je laaaa..jgn kira sedap tak sedap...tapi Along kata mmg betul2 tak sedap, sampai akhirnya Abah yang masak...baru dia tau dapat bini baru macam ne??? Dulu semua benda akak buat jangan kata nak angkat pinggan makan dia ke sinki, nak tulun susun surat khabar ke, buang sampah pun tak...semua benda dalam umah tu dia takkan tulun...semua akak sediakan..toilet kat rumah tu tiga2 akak ngan budak2 tu yang cuci....sedih sgt bile kenang pengorbanan tak dihargai....sampai tahap nak bagi nafkah edah akak ni pun dia tak nak kasi...emmmm...tu belum harta sepencarian lagi..."

'Takpe, slow2...nanti akak follow up kat mahkamah tau...amik sumer hak2 akak...dah byk akak berhabis utk umah tu....semua benda dalam umah tu guna duit akak kan???"..."Haah Na..semua, pinggan mangkuk Corelle, Vantage tu ada yg akak tak penah guna lagi...comforter2 yang akak beli masa sales...semua Na...akak boleh kira apa je dia beli sepanjang akak berkahwin ngan dia...pasu2 bunga kat luar tu pun akak beli...Nana pun tau kan rumah tu akak renovated guna duit KWSP akak....bile dah jadik macam ni, akak rasa sedih sngat2..." aku biar tangisan kak Z reda sehingga la kak Z bersuara semula....

"Along cakap lagi, semua kuih raya yang akak beli, nenek dia buang...yang paling akak sedih baju raya akak beli kat budak2 tu Abah diorang bakar...diorang cakap ntah2 akak letak benda tak elok dalam kuih tu, baju tu pun ntah2 akak dah perasap kat bomoh...sampai ati diorang buat akak macam ni"

"Sabar kak...Nana tau akak kuat.....Allah ada ngan akak...." aku sendiri pun dah tak tahu apa patut aku cakap pada kak Z selain sabar....

"Nana nak tau tak Along cakap lagi 'Along tahu Ibu tak salah, kalau Ibu salah mesti Ibu dah kahwin dulu tapi Abah yang kahwin dulu....kalau boleh Along nak tinggal dengan Ibu, susah senang Along tak kisah janji Along tinggal dengan Ibu...Along sanggup Bu'....terharu akak dengar Na....Guru Besar & kerani kat situ dari tadi akak tengok menangis...."

Aku pun dari tadi dok menangis...

"Akak dah bagitahu Along yang nanti akak akan buat rayuan kat mahkamah lepas raya ni...akak cakap kat Along, kalau hakim tanya Along nak tinggal ngan sape, Along cakap laa...Ibu tak boleh cakap bagi pihak Along...Along pikir baik2....Along dah 10 tahun, Along ada hak nak pilih tinggal ngan sape...dia senyum....terpulang pada ketentuan Allah, akak berserah jeee, akak dah usaha sebaik nyer...akak tak salah Na'

Dari suara kak Z, aku tahu dia lega sangat dapat jumpa anak sulung dia....biar pun tak lama...

"Na, Along cakap dia nak ikut akak balik kampung, beraya ngan mak akak, mesti best...sedih akak dengar tapi akak bagitau akak tak dapat bawak dia skali, hak penjagaan pada Abah je, sepatutnya jumpa pun akak tak boleh... pastu akak nanti akak datang sekolah lagi jumpa dia, akak kena masuk ofc.....dia peluk akak lagi Na....dia cium akak, akak rasa hilang skit kerinduan akak kat dia...akak bagi dia duit skit, akak cakap tak boleh beri banyak nanti Abah tanya mana dapat duit....akak bagi RM20 je, Nana tau apa dia cakap?? ' Along akan simpan duit ibu bagi ni baik2 macam Along jaga nyawa Along, Ibu datang jumpa Along ni pun Along akan rahsiakan...Ibu jaga diri Ibu ngan Achik baik2 ye..Along sayang Ibu tau...SELAMAT HARI RAYA IBU, Along minta maaf zahir batin dari Ibu'...sumer yang ada kat situ menangis Na, akak lagi laaaa"...

Dah berbaldi airmata aku keluar....

* Ya Allah Kau berikanlah kekuatan kepada kak Z...Kau berilah kebahagiaan kepadanya...Kau bukakanlah pintu hati dan berilah petunjuk kepada bekas suami dan keluarganya....Amin *


Ida telefon cakap nak singgah ofc aku...yesssss!!! seronoknya!!

Emmm lama betui aku tak jumpa Ida....bukan jauh sangat ofc dia ngan ofc aku tapi masing2 pegi ofc tak bawak kereta, yang dekat terasa jauh laaaa....

Tengaharinya, Ida terpacul depan bilik aku...aku peluk dia aku cium dia....lama betui aku tak jumpa dia, last jumpa masa dia dia bawak anak ke2 dia beraya kat rumah ibu aku...emmm anak dia skrg dah 2 tahun...lama kan aku tak jumpa....banyak betui aku borak ngan dia...dia tanya aku, aku tanya dia hahahahaa dua2 manusia ni kalau berjumpa mmg berebut2 nak bercakap...sorang cakap sorang gelak...sampai aku lupa yang kitorang ni bukan zaman sekolah lagi dah tua bangka hikhik...

Dari tadi aku dah nampak Ida jeling2 gambar kawen aku yang aku tampal kat dinding bilik....tapi mulut aku tak tergerak nak tanya apsal dia asyik jeling2....pelik gak....dia sorang je tak tanya pasal gambo kawen aku tu tapi biasa la aku kalau dapat bercakap terus lupa semua ...hahahaha

Tiba-tiba Ida bersuara "Macam ne ko skrg lepas kahwin ni??? Laki ko dah sihat ke??'

"Alhamdulilah....dari sehari ke sebulan ke setahun dia makin sihat...senang citer dari setahun ke setahun aku tengok dia makin sembuh...aku pun tak sangka, doktor kata kalau ikutkan dah lama lumpuh tak pun dah buta aku pun memang dah prepare dah dari mula2 aku kenal dia....aku takkan tinggalkan dia...tapi makin lama aku tengok dia makin sihat makin sembuh...tapi tak lah sepenuhnya..emmm 80% dah sihat laaa...nak baik betui tu aku tak pasti laaa....tapi aku dah syukur sangat! Memang miracle...kuasa Allah" aku pun dengan bersemangat bercerita pada Ida.

"Na...aku minta maaf sangat kat ko, aku penah cakap kat ko yang aku tak suka ko kawan ngan Harris, dia sakit... kenapa ko nak susahkan diri ko....ko kan boleh kawan ngan orang lain...aku sayang kat ko...kite kawan baik dari sekolah....kite dah puas susah dari kecik..aku tak sanggup tengok ko susah...tapi Na, rupanya aku salah....sekarang aku tengok ko dah lain..hidup ko makin ceria banyak sgt perubahan ko semenjak ko kawan ngan dia....aku tengok Harris pun memang dah lain, berbeza sangat dengan mula2 masa ko kenalkan dengan aku....aku tau aku silap....aku minta maaf ye Na"

Allah je tahu macam ne bahagianya aku dengan perkataan "MAAF" yang Ida ucapkan....dah dekat 4 tahun aku terasa hati, aku kecik ati dengan Ida tapi dia tak tahu....aku kecewa sgt bile dia perlekehkan Harris semata-mata kerana dia sakit....aku rasa nak menangis sangat tapi aku tahankan diri....aku tak nak menangis depan dia...aku tak nak dia tau apa aku rasa dalam masa 4 tahun ni kat dia...

Kui 1.30 tengahari aku teman Ida jalan kaki ke jalan besar, eppy sgt....aku rasa nak peluk2 dia tapi pengsan lak 'Mak Buyung' tu hehehehehee...

Petang tu dengan rasa tak sabar2 aku cakap ngan husb aku..."Abang, nak tau tak apa jadi masa saya borak2 ngan Ida?".."Hahh nape?? Apa cite dia?"...."Biasa la dah lama tak jumpa, saya kan sengaja tak call dia..sekali jumpa macam2 la borak...tadi dia dok tgk je gambo kite kat dalam bilik saya...saya wat dek jeee..tetiba Ida minta maaf kat saya......" aku pun cerita semuanya...

Husb aku senyum, dia cakap... "Kan saya dah kata dari dulu...Ida takde niat jahat...dia sayang kat awak...korang dah kenal lama dari zaman sekolah...mesti la dia tak nak hidup kawan baik dia susah...saya penah cakapkan, jangan terasa ati ngan dia...satu hari nanti dia akan tau jugak....hah...skang dia sendiri dah ngaku kan dah minta maaf pun kat awak...dah la jangan sedih2 lagi"

Emmm...memang la tak nak sedih tapi tak sangka...dah lama sangat peristiwa tu terjadi n aku betui2 tak sangka Ida akan minta maaf....dah lama sangat aku tunggu kata-kata tu....akhirnya Allah tunaikan....

Terima Kasih Ya Allah atas kesabaran yang Kau berikan....


Ari ni cuti Nuzul Al-Quran tapi dah keje kat Wilayah Persekutuan, so keje tetap keje yeeee no cuti2 hukhukhuk....so, dengan semangat yang berkobar2 tepat kui 4pm terus balik umah (bulan posa kite balik awai yeahhhh)....sebelum naik umah ibu, kite pun dok baik nyer borong sotong, ikan n macam2 laaaaaa...terbayangkan sambal sutun emmmmm gulai lemak cili api ikan emmmmmm....goreng ikan masin skit, goreng sawi pastu wat sambal belacan (tak dapat makan belacan pun takpe laaa)....naik kecur air liur terbayangkan lauk pauk tu..pulak2 posa ni , tekak ni macam2 ngidam hmmmmm SEDAP SEDAP...so langkah kaki kite lajukan skit dah tak sabar dah ni...tiba2 pintu lif terbukak...caya laa aku ngan sowang budak kecik je naik lif ni...cepat skit leh sampai umah ibu...lif pun bergerak ke atas....tgkt 1, tgkt 2, tgkt3....tiba2 ada bunyi "dummmm!!!"....

Alamakkkkk...apsal lak lif ni??? stop tetiba, lampu kat button lif pun padam...luckily lampu dalam lif tak padam...kite pun wat macam tarak apa berlaku tekan la button 7, dia padam balik...tekan button "open' pun tak open2....kang tekan "close", close betuii kang...baik jgn tekan...abis setiap no kite tekan...huuuuuu tak lehh laaaakkk....selalu ok je kalau tekan no lain, tak kisah la stop kat tgkt lain janji dia terbukak....tapi kali ni tak bukak2 aiseyyy mannnn...panik siutttttt....kite pun tekan la button "Emergency Bell"..." Tringgggg...Tringgggg...Tringgggg....." tarak respon....ngan muka selamba, suara control macho kite cakap kat budak lelaki dalam lif ngan kiter tu "Jangan panik ye dik....kalau tak susah kite nak nafas...relax yeee...posa keee"...budak tu angguk n jawab " Posa"...padahal kite yg panik...abis laaaa...masakkk dalam lif la gamak nyer ni...uwaaaaaaaaaaa

Kite tekan lagi bell..dengar suara budak2 tanya "Siapa tu...siapa kat dalam tu"....kite suh budak tu jawab..."Orang...." nak gelak pun ada..sah2 la la org budak ni wat lawak betuii, kite control jgn senyum...budak ni kite rasa macam darjah 3...."Nama sape yeeee"....la budak kat luar ni tulun je laaaa, nak tau sape plakkkk!!!! "Megat...." pastu budak kat luar tu tanya lagi "Hah....sape tak dengar laaa"....ilang sabar pun ada, dah la kite ngan 2 plastik besar memborong ikan sutun ni....pastu kite letak plastik2 tu kite pun try bukak pintu lif skit dibantu oleh budak kechik tu...."Megat laaa, cepat la tulun....." jeritan Megat disambut.."oooo Megat..ko ngan sape tu Megat, ko ngan kakak ke makcik"....pulak dah budak2 ni nyer soalan, perlu ke tau kakak ke makcik dalam lif tu...aduiiiii bila nak lif ni nak ok ni??....ati kite dah separuh ilang sabar ni..peluh jantan sumer dah kuar....budak Megat tu pandang aku balik, ntah apa dia pandang ntah laaa, tetiba dia bersuara..."Ntah... tak tau kakak ke makcik???" aduiiii terkena lagi, apsai muka kite ni muka Question Mark ke...separuh kakak separuh makcik huhuuuu....last2 kite pun cakap "Tak kisah la Megat makcik ke kakak ke....janji diorang tulun kite"...Megat bersuara..."Cepat la..aku ngan kakak ni"...aikkk kakak pulak tadi tak tau hahahahahaaaaa.....aku pun dah penin, kite rasa budak tu pun dah penin lalat...kite ingat dah abis dah rupa2 nyerrr....."Ko ngan kakak mana tu Megat???"...kali ni kite betui2 dah ilang sabar, kalau dilayan mau 1 jam lagi kitorang duduk dalam lif tuuu, dah la penat bukak pintu lif, kalau tak buat macam tu diorang tak dengar lak sora Megat tu...pintu lif ada 2 lapis...dan kite pun bersuara ngan keras sambil menarik pintu lif tu "Tak kenai ke suara kakak mana ni???",....."Ooooo kakak tgkt 7 tu yeeee yang mak akak jahit baju kan"....wahhhh budak ni tak tgk muka dah kenai, baru suara keras kuarrr...dasat gakk kite ni heheheheee...kite pun tanya megat sape budak pompuan tu...hmmmm Shikin "Hamster' rupa nyer...patut la dia cam suara kite hehehehee "Ok kak, kitorang tgh tulun la ni, kitorang try bukak pintu lif"..Kite pun suh la budak2 tu minta tulun dari abang2 atau pakcik2 tp budak2 tu kata takde org besar atau lelaki, sumer budak2 kecik..pelik lakkk kite, takkan tarak 1 umat dewasa kat lif ni??? tak kisah laaa janji ada yg sanggup tulun...tetiba "Megat...ko ngan kakak tu sabar yeeeee...kitorang carik kayu nak bukak pintu....yg lain tulun bukak pintu guna tgn tau, ko main la batu seremban dulu ye Megat"..alahaiiiii tengah2 genting macam ni suh main batu seremban??? nasib la kite dalam lif, kalau tak siap laaa budak2 ni uwaaaaaaa....sayup2 aku dengar suara budak2 tu menyanyi "Wonder Pets Wonder Pets kami datang....bantu orang yang kesusahan..kami tak besar dan kami tak kuat...bila berkerjasama semua jadi mudah......Yeahhhh Wonder Pets"....Ya Allah budak2 ni leh lak ter'pk nak nyanyi lagu tu...kite punya la nak gelakkk besau dalam lif....kitorang tgh sedih dalam lif, diorang leh nyanyi2 lakkk tapi dalam hati kite nyanyi gakk...selama ni mmg suka tgk katun tu...best wooo tp tak sangka ari ni kite pulak dibantu oleh Wonder Pets Flat Pandan Utama hahahahahaa

Adalah dalam 10 min gak diorang tulun...ada kopak guna kayyu, ada guna tangan tiba2 pintu lif luar terbukak...kite dengar budak2 tu seronok....nmpk plak tgn2 dok try bukak pintu kedua...kitorang dalam lif pun tulun gakkk....dalam 2-3 min parrrrkkkk!!!! Perghhhhh terbukak gak pintu lif....punya la ramai budak2 dalam lingkungan usia 8-12 tahun kat situ...ada lebih kurang 12 orang laaa....ada yg mencangkuk, ada yg berdiri...yg sibuk2 dari jauh pun ada....nak kuar dari lif pun kena panjat skit sebab lif dah mereng...aduiiiiii kena angkat kain lakkk nak memanjat tp muka kontrol macho...

Bile dah kuar kite rasa lega gilerr...tak leh nak bayang betapa lega nyerr laaaaa....pastu kite pandang keliling...ooooo patut la tarak org tulun rupanya kat tgkt 3....Tenkiu la adik2 anak2 sekalian yeee..tulun kakak tulun makcik hikhikhik....pastu si Shikin tanya "akak ok ke kak"....dah sah2 muka aku berpeluh2....penat layan soalan diorang dalam lif hukhuk.....apa2 pun TERIMA KASIH BEBANYAK ...nak bagi duit cash tarak...Insya Allah, raya ni akak kasi duit tau...nnt kena cari Shikin nak tau sape yg tulun ari tu....

Ape2 pun pengalaman tereperangkap dalam lif ni mmg bagi kenangan pahit kelat dalam hidup kiteeee...n "tabik spring" kat Megat, sbb dia very d cool walaupun penat layan soalan n kuar tenaga nak bukak pintu lif...sikit pun dia tak marah...kiter pun tak leh cool macam dia..mmg ilang macho dahhh..kalau kena "Boom Boom Bang" mmg malu la huhuuuuuuu....

'HIDUP 'WONDER PETS"!!!!!



Alhamdulilah...akhirnya setelah penat kena bebel kena pot pet ngan Mommy Aqish ni, siap gak blog den...."Tenkiu Berry Much yoo sobab kawu tulun den buek natang ni yooo walaupun den tau kawu hangin 1 badan gak nak ajau den hukhuk...tu la namo ehhh kawan time dio tak tau tulun la bebel hahahahaha"...kalau u all nak tau, selagi tak wujud blog "NanaMacho" ni kat alam siber, selagi tu la kena bebel ngan Mommy sowang ni...berpeluh2 gak la carik alasan, sampai dia dah tak tahan, dia gak yang buekkan blog ni...hikhikhik....JANGAN MARAH ye Mommy...kalau den takdo nanti kawu ingatlah kat den ni yo...anak murid kawu yg paling cepat belajo ajaran alam siber ni bukan alam ghaib tau..hahahaha...kalau u all nak belajo gak kenai2 la ngan awek sebelah den tu hah..hikhik (promosi Tahun Melawat Malaysia 2008 ni)





Hi There....

Everyone has his/her day and some days last longer than others and here's my stories.....

WELCOME n ENJOY UrSelf! :)

My Followers

CBox