Dipetik dari pengalaman seorang kawan...

"Nana....tadi akak pegi sekolah Along, akak jumpa dia"....melopong aku dengar kata-kata dari kak Z, walaupun hanya berborak dalam telefon...."iye keee??? pastu ape jadi kak"

"Semalam Makcik bagitau akak, Along sekolah kat Sekolah ABC...pagi tadi akak nekad nak jumpa jugak Along....akak jumpa Guru Besar dia, akak minta permission & explain everything...akak bagitau kat Guru Besar tu kalau ikutkan akak mmg tak dibenarkan jumpa anak2...kan ayah dia dah cakap kalau nak cerai anak2 takleh jumpa selain Archik je sbb bawah jagaan akak...nak jadi citer rupa2 nyer Guru Besar sekolah tu akak kenai & dia tau story pasal umahtangga akak ni...nasib baik dia kasi akak jumpa Along..dapat gak jumpa Along kat dalam bilik dia...."

Tersenyum lebar aku aku dengar....rasa macam nak hureyyyyy kuat2 dalam telefon...tp aku control kang bos kat sebelah terkejut badak dengan suara aku yg tak penah slow ni hehehehe...

"'Ya Allah, Na.......dekat setahun akak tak jumpa dia, bila dia nampak akak dia terus terpa kat akak dia jerit 'Ibuuuuuuu'....dia terkam akak Na, dia peluk akak....dah lama akak tunggu saat2 macam tu, akak pun peluk dia, akak cium dia Na...." aku dengar suara kak Z dah tersekat-sekat & kemudian menangis teresak-esak...aku pun mmg dari awal2 dah nangis....dengar suara dia macam tu lagi laaa air mata aku giler2 nyer mengalir....

Aku kasi kak Z citer semuanya...kali ni aku dah tak mampu nak beri apa2 soalan...aku zip mulut aku, airmata aku mmg tak leh nak berhenti mengalir...

"Dia cakap kat akak....'Along rindu sangat kat ibu...Along sengaja bagi tau Makcik yang Along sekolah kat ABC, Along tau mesti Makcik cakap kat Ibu...mesti ibu akan datang sekolah jumpa Along....Along rindu sgt kat ibu'....dia tak lepas peluk akak Na....dia cakap lagi...'Angah ngan Alang tak nak jumpa ibu...dia dah termakan cakap Abah...diorang kata ibu perempuan jahat, ibu bukan ibu yang baik....tiap2 ari Abah cakap macam tu kat kitorang.....Along sorang je yang tak caya...Along tau ibu tak jahat....selama ni Ibu yang banyak didik Along bukan Abah.....Ibu yang masak kat Along kat Angah kat Alang...ibu yang ajar kitorang homework, Ibu yang ajar mengaji.....Along rindu sangat nak makan makanan yang ibu masak'....Ya Allah, sampai macam tu dia hasut anak-anak akak....Along bagitau yang Angah & Alang tak boleh tahu akak datang jumpa Along, kalau tak dia mesti bagitau Abah diorang...nasib baik jugak akak jumpa kat dalam bilik ni, kalau kat kantin mesti dia nampak kan"...."Sabar la kak, sekurang-kurangnya Along tak dengar hasutan diorang tu...akak kena kuat...kalau akak lemah suka la diorang"
'Insya Allah Na, akak akan jadi lagi kuat...akak ada tanya Along, Mama tak masak keee??? dia cakap dia tinggal umah nenek, mama ngan abah duduk umah lama akak...weekend je dia balik situ....dia cakap 'Mama masak tak sedap Bu....kalau Along boleh tahan lapar Along akan cakap Along kenyang....Along tak makan malam tu...kalau Along lapar sgt baru Along makan, Along makan sikit je jangan sampai sakit perut...Ibu takde kat Along, nanti sape nak jaga Along...."

Mengalir lagi airmata aku.....

"Akak tak sangka Along ingat lagi semua tu"...."Tengok kak...kalau kite betui Allah akan tunjuk, Along tu baru darjah 4....bukan semua budak boleh cakap macam tu...Nana pun ada pengalaman lebih kurang Along...Nana tau apa Along rasa...mmg sakit kak..tapi percaya la...dia akan jadi kuat, dia takkan lupa akak sampai biler2....dia akan ingat segala jasa akak..PERCAYA apa Nana cakap ni"...kali ni airmata aku pulak yang mengalir laju...aku yang sebak bile dengar cite kak Z dan teringat peristiwa yang aku sendiri penah alami...rupa nyer bukan aku sorang je yang jadik matang dari usia...sian Along...

"Akak cakap kat dia makan je laaaa..jgn kira sedap tak sedap...tapi Along kata mmg betul2 tak sedap, sampai akhirnya Abah yang masak...baru dia tau dapat bini baru macam ne??? Dulu semua benda akak buat jangan kata nak angkat pinggan makan dia ke sinki, nak tulun susun surat khabar ke, buang sampah pun tak...semua benda dalam umah tu dia takkan tulun...semua akak sediakan..toilet kat rumah tu tiga2 akak ngan budak2 tu yang cuci....sedih sgt bile kenang pengorbanan tak dihargai....sampai tahap nak bagi nafkah edah akak ni pun dia tak nak kasi...emmmm...tu belum harta sepencarian lagi..."

'Takpe, slow2...nanti akak follow up kat mahkamah tau...amik sumer hak2 akak...dah byk akak berhabis utk umah tu....semua benda dalam umah tu guna duit akak kan???"..."Haah Na..semua, pinggan mangkuk Corelle, Vantage tu ada yg akak tak penah guna lagi...comforter2 yang akak beli masa sales...semua Na...akak boleh kira apa je dia beli sepanjang akak berkahwin ngan dia...pasu2 bunga kat luar tu pun akak beli...Nana pun tau kan rumah tu akak renovated guna duit KWSP akak....bile dah jadik macam ni, akak rasa sedih sngat2..." aku biar tangisan kak Z reda sehingga la kak Z bersuara semula....

"Along cakap lagi, semua kuih raya yang akak beli, nenek dia buang...yang paling akak sedih baju raya akak beli kat budak2 tu Abah diorang bakar...diorang cakap ntah2 akak letak benda tak elok dalam kuih tu, baju tu pun ntah2 akak dah perasap kat bomoh...sampai ati diorang buat akak macam ni"

"Sabar kak...Nana tau akak kuat.....Allah ada ngan akak...." aku sendiri pun dah tak tahu apa patut aku cakap pada kak Z selain sabar....

"Nana nak tau tak Along cakap lagi 'Along tahu Ibu tak salah, kalau Ibu salah mesti Ibu dah kahwin dulu tapi Abah yang kahwin dulu....kalau boleh Along nak tinggal dengan Ibu, susah senang Along tak kisah janji Along tinggal dengan Ibu...Along sanggup Bu'....terharu akak dengar Na....Guru Besar & kerani kat situ dari tadi akak tengok menangis...."

Aku pun dari tadi dok menangis...

"Akak dah bagitahu Along yang nanti akak akan buat rayuan kat mahkamah lepas raya ni...akak cakap kat Along, kalau hakim tanya Along nak tinggal ngan sape, Along cakap laa...Ibu tak boleh cakap bagi pihak Along...Along pikir baik2....Along dah 10 tahun, Along ada hak nak pilih tinggal ngan sape...dia senyum....terpulang pada ketentuan Allah, akak berserah jeee, akak dah usaha sebaik nyer...akak tak salah Na'

Dari suara kak Z, aku tahu dia lega sangat dapat jumpa anak sulung dia....biar pun tak lama...

"Na, Along cakap dia nak ikut akak balik kampung, beraya ngan mak akak, mesti best...sedih akak dengar tapi akak bagitau akak tak dapat bawak dia skali, hak penjagaan pada Abah je, sepatutnya jumpa pun akak tak boleh... pastu akak nanti akak datang sekolah lagi jumpa dia, akak kena masuk ofc.....dia peluk akak lagi Na....dia cium akak, akak rasa hilang skit kerinduan akak kat dia...akak bagi dia duit skit, akak cakap tak boleh beri banyak nanti Abah tanya mana dapat duit....akak bagi RM20 je, Nana tau apa dia cakap?? ' Along akan simpan duit ibu bagi ni baik2 macam Along jaga nyawa Along, Ibu datang jumpa Along ni pun Along akan rahsiakan...Ibu jaga diri Ibu ngan Achik baik2 ye..Along sayang Ibu tau...SELAMAT HARI RAYA IBU, Along minta maaf zahir batin dari Ibu'...sumer yang ada kat situ menangis Na, akak lagi laaaa"...

Dah berbaldi airmata aku keluar....

* Ya Allah Kau berikanlah kekuatan kepada kak Z...Kau berilah kebahagiaan kepadanya...Kau bukakanlah pintu hati dan berilah petunjuk kepada bekas suami dan keluarganya....Amin *

4 Lovely Comments:

  1. AQisH says:

    isshh² takkan sampai mcm tu skali ex dia buat kat dia eh..berdosa tau pisahkan ibu ngan anak wpun dah bercerai..mana bleh sampai tak bleh jumpa isshh..inilah akibatnya klu kurang pendidikan agama..anak dr mangsa penceraian nih mmg perit..sedikit sebanyak pengalaman keluarga membentuk keperibadian mereka..doa²lah semoga kita tidak mengalami nasib yg sama..semoga kak Z tabah dan berani bangkit utk perjuangkan haknya..

  1. wansu says:

    sedihnyaaaa baca entry ni....boleh bayangkan laa apa perasan ibu dia..perasaan anak dia...siapa yang putuskan silaturrahim..tak bau syurga...apatah lagi antara seorang ibu dan anak...kejam sungguh bapokkkk dia tuh...dan nenek dia yg juga seorang perempuan..tp berhati batu...kpd kak Z...bykkan bersabar..Allah mendengar doa2 org yg teraniaya...

  1. airmata dah tumpah walau aku cuba utk tidak menangis...sewaktu si kakak bercerita dgn aku di ofisnya...aku tahan nangis gila2...kalau aku nangis...dia akan lagi nangis...dgn berbekal keras hati aku, aku cuba tahan...

    sesungguhnya, percayalah...kebenaran akan terserlah, kesalahan akan terdedah...

    doaku untuk si kakak...agar di tetap tabah dan sabar....

  1. hi kengkawan....

    skang ni ada kisah terbaru kak Z ni...lagi sedih...terasa aku yg emosional lebih...rasa nak taji2 je x-husb dia tu...BENGONG!!!

    btw sape it;s my life..full of joys & loves ni sapoo ekkk...hehehee

Hi There....

Everyone has his/her day and some days last longer than others and here's my stories.....

WELCOME n ENJOY UrSelf! :)

My Followers

CBox